Sunday, August 8, 2010

Nostalgia Bagan Datoh....

18 Julai 2010....Dengan tiba tiba terlintas di fikiran, dah lama tak casting haruan. Sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan selalu outstation menyebabkan aktiviti casting agak perlahan sedikit. Bila berbicara mengenai haruan, teringat Bagan Datoh.Dah lama tidak kesana....

Pukul 6.00 pagi bertolak dari rumah selepas sembahyang Subuh. Jalan masih gelap lagi. Memandu dengan berhati-hati menghala ke Kuala Selangor...


Jalan di Kuala Selangor masih lagi sunyi pagi tu. Maklumlah, hari Ahad, tak ramai yang bangun pagi. Perjalanan diteruskan menghala ke Bagan Datoh...


Walaupun hari semakin cerah, kenderaan masih lagi kurang....cuba tengok, hanya saya sahaja yang ada di jalanraya. Jalan di atas dari Sabak Bernam ke Simpang Empat. Sampai di Simpang Empat, sebelum aktiviti dimulakan, perut perlu di isi, maklum sebab aktiviti casting nie banyak guna tenaga...



Apa lagi, makan nasi lemak dulu. Rasanya kira boleh lah...cukup untuk membuka selera. Setelah selesai bersarapan pagi, terus menuju port yang pertama...



Memang mengujakan bila nampak suasana port begini. Cuaca pula agak redup, memang sesuai untuk aktiviti casting. Walaubagaimanapun, hanya seekor sahaja yang dapat dinaikkan disini.



Port yang seterusnya dilitupi dengan tumbuhan atau lumut halus. Port begini memang favourite saya sebab haruan suka menyambar benda yang bergerak di permukaan....


Haruan yang dicari, bulan pula yang mengena. Rupanya, bukan sahaja haruan yang suka menyerang secara 'ambush', bulan pun juga. Ini pertama kali ikan bulan dinaikkan dengan EWG Worm Hook. Acara casting diteruskan...




Antara haruan yang dapat dinaikan. Semuanya saiz remaja dan kebanyakkannya dinaikan menggunakan Reins Semi Frog.



Bergerak ke port seterusnya. Kelihatan diatas banyak riak bulan bermain air. Kalau cast Wander 45 memang akan di sambar terus....Walaubagaimanapun, target kita ialah haruan....



Close up gambar atas menunjukkan penggunaan EWG Wormhook.


Kita pergi port yang lain pula....



Port kali ini agak cetek dan air yang jernih. Jangan disangka tiada haruan pada port begini. Saya mencuba in line spinner yang paling kecil bersama soft plastics.....





Memang ada. Walaupun saiznya sederhana, disebabkan sambaran dilakukan pada tempat terbuka, memang haruan ini melawan berhempas pulas. Selepas itu saya berpindah ke port lain pula......



Port yang seterusnya memang cetek dan airnya sangat jernih hingga menampakkan dasarnya. Saya cast untuk menguji penghuni didalamnya. Rasanya macam cast ikan trout aje bila air jernih sebegini....


Rod : Daiwa Ardito Medium Light (6-12lbs) Reel : Alpha 103L Purple Line : Pioneer Palladium 12lbs Lure : Custom In-line Spinner and Soft Plastics (Small Blade/1/16 oz for Shallow Running) Soft Plastics : Berkley 3 inch (Captain America) Hook : Gamakatsu EWG Worm Hook (Size 1) Inline spinner disambut haruan yang agak kasar saiznya. Sebenarnya kebanyakkan haruan ada berselindung di tepi parit atau dibawah lumut hijau. Haruan ini terus meluru ke in line spinner bila mencecah air....


Antara haruan - haruan yang dinaikkan dalam pelbagai saiz. Selalunya, haruan yang saya dapat, saya kumpul dahulu untuk dirakam gambar dan buat statistik. Secara amnya, purata bilangan haruan yang dapat dinaikkan sehari ialah 10 ekor tidak termasuk yang rabut atau terlepas. Gambat diatas mempunyai 15 ekor haruan, oleh itu dikira over average. Selepas gambar diambil untuk rekod, ianya dilepaskan semula di habitat asal....

Sekian, semoga berjumpa di lain waktu....