Monday, August 27, 2018

Vlog Memancing...

Saya sudah lama ingin membuat video blog atau vblog bagi aktiviti-aktiviti memancing saya untuk dikongsikan kepada semua. Ini adalah kerana informasi di dalam bentuk video ini lebih memberi kesan kepada para followers. Untuk menghasilkan vlog ini, saya menggunakan action cam dan edit semula menggunakan video editing software. Buat masa ini saya masih belajar mencari kedudukan terbaik action cam tersebut untuk aktiviti memancing.

Lokasi memancing kali ini adalah sekitar Bagan Datuk, Perak dan juga Sungai Besar, Selangor. Keadaan air tidaklah berapa sesuai dan trip kali ini lebih kepada mencuba action cam yang saya baru perolehi ini.



Video ini dirakam didalam format Full HD tetapi diturunkan kepada 640x480 resolusi disebabkan file untuk video dihadkan kepada 100MB sahaja.


Sunday, August 12, 2018

Bulan Oh Bulan...

Ikan Bulan atau Indo-Pacific Tarpon merupakan salah satu ikan sasaran pada pengemar pemancing gewang atau lurecaster di Malaysia. Ini adalah kerana cabaran untuk menaikkan ikan bulan ini agak berlainan daripada ikan ikan lain. Ikan bulan akan cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari mata kail apabila terkena dengan melompat diatas permukaan air beberapa kali. Suasana ini kelihatan seperti ikan bulan 'menari' diatas permukaan air, ditambah pula dengan warna keperakkan sisiknya.

Kebanyakkan para pemancing lebih gemar menggunakan set ultralight apabila memancing ikan bulan. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan set finesse yang mempunyai kelebihan dari segi kawalan dan juga peratus ikan dapat dinaikkan. Ikan bulan menpunyai struktur mulut yang terdiri daripada tulang dimana ketajaman matakail dan jighead adalah penting. 

Baru baru ini saya melawat semula port ikan bulan di sekitar Sungai Besar, Selangor. Gewang softplastik Gomoku berwarna putih Bersama jighead Decoy seberat 1/48 oz digunakan pada kali ini…


Ikan bulan permulaan pada port yang pertama kebanyakkan bersaiz agak sederhana, tetapi memberikan tentangan yang cukup baik…


Ikan bulan yang seterusnya berukuran agak besar. Tentangan yang diberikan cukup kuat walaupun rod yang digunakan didalam kelas medium-light..



Saya bertukar port memancing setelah aktiviti ikan bulan di port pertama perlahan. Port yang kedua merupakan taliair di kawasan pendalaman. Paras airnya agak tinggi dan sesuai untuk habitat ikan bulan. Walaubagaimapun, airnya mengalir agak perlahan.


Ikan bulan yang pertama dinaikkan setelah beberapa kali terlucut saiznya agak kasar. Tentangan cukup padu diberikan dan hamper-hampir terlucut. Ikan bulan ini dinaikkan pada waktu hampir senja….


Sambaran ikan bulan makin menjadi apabila suasana cahaya menjadi agak kelam. Tak sampai seminit, ikan bulan berukuran kecil juga dapat dinaikkan…


Dikuti dengan dua ekor saiz yang agak kasar selang seminit diantaranya….


Ikan bulan yang terakhir bersaiz lebih besar sedikit daripada yang sebelumnya, juga membuatkan rod medium light saya melentur kebawah bagi mengawal tarikan dan lariannya. 

Bagi saya, ikan bulan bersaiz demikian sememangnya mempunya daya renangan dan tentangan yang kuat…

Setup kali ini :

Rod : Abu Garcia Crossfield, 6 kaki, Medium Light, 5-12 lbs
Reel : Abu Garcia Cardinal STX II
Line : Oshikage (Momo Fishing Line), 8lbs, 0.10 mm
Leader : Berkley Fluorocarbon, 8 lbs
Jighead : Decoy 1/48 oz
Soft Plastic : Storm Gomuku, White, 1.5 inch

Sehingga berjumpa lagi…..