Saya mencuba finnese weedless jighead yang telah saya buat sendiri. Sasaran sebenar jighead ini adalah untuk ikan haruan, tetapi ada ikan pemangsa yang lain juga dinaikkan dengan menggunakan jighead ini.
Antara berberapa ikan haruan yang dapat saya naikkan menggunakan jighead ini.
Selain daripada ikan haruan, ikan bulan juga dapat dinaikkan menggunakan jighead yang sama. Walaubagaimanapun ianya banyak bergantung kepada cara dan gaya jighead dan SP dimainkan.
Blog untuk peminat sukan memancing secara teknik finnese dan casting
Thursday, December 6, 2018
Wednesday, October 10, 2018
Finnese Type Weedless Jighead
Saya mendapati agak sukar untuk mencari finesse weddless jighead di pasaran dengan berat 1/48 oz atau 1/32 oz saiz 1. Sebelum ini saya menggunakan Ultra Head Finesse Type Weedles Jighead daripada Owner dengan berat 1/32 oz saiz 1 seperti gambar di bawah
Pada masa ini saya hanya berjumpa yang beratnya 1/16 saiz 1 di pasaran. Untuk berat 1/32 saya gunakan pada keadaan air yang bergerak agak perlahan semasa memancing.
Pada masa ini saya hanya berjumpa yang beratnya 1/16 saiz 1 di pasaran. Untuk berat 1/32 saya gunakan pada keadaan air yang bergerak agak perlahan semasa memancing.
Gambar diatas menunjukkan jighead tersebut dimana di atas sekali dan dibarisan kedua ialah seberat 1/16 oz manakala dibarisan ketiga adalah 1/32 oz. Jighead dibawah sekali adalah 1/16 oz tetapi pemberatnya boleh bergerak
Oleh sebab kesukaran itu, saya telah membuat weedless jighead sendiri mengikut berat dikehendaki. Komponen pertama adalah worm hook bersaiz 2 atau 3 daripada Decoy seperti gambar dibawah
Saya memilih worm hook ini adalah disebabkan ketajaman, saiz yg sesuai (saiz 2 sama dengan saiz 1 daripada Owner), ketebalan dan juga kos yang berpatutan.
Komponen yang kedua adalah Plus Sinker saiz 1/48 dan 1/32 daripada Decoy. Ianya digunakan untuk fine tune kadar pergerakan turun gewang SP di dalam air.
Sinker dan worm hook akan dilekatkan dengan cara mengepit sinker tersebut pada kedudukan hadapan dan menggunakan glue dua saat sebagai pengikat. Jighead yang telah siap adalah seperti gambar dibawah dengan pemberat 1/48 oz
Proses yang sama digunakan untuk pemberat bersaiz 1/32 oz. Keberkesanan jighead ini akan diuji pada aktiviti memancing saya akan dating.
Antara Bulan dan Haruan...
Ikan bulan dan haruan adalah antara ikan yang mudah dipancing menggunakan gewang terutama menggunakan gewang soft plastics atau SP. Selain daripada ada pelbagai warna, SP juga boleh digayakan samada menggunakan jighead atau secara tanpa berat atau weightless. Selain daripada itu, SP juga boleh dipasang supaya ianya bersifat kalis sangkut atau weedless. Ini membolehkan ianya digunakan dipelbagai situasi dan keadaan.
Video kali ini adalah aktiviti saya di beberapa tempat di BNO, Sabak Bernam dan juga di Tanjung Karang, Selangor.
Kualiti video agak kurang memuaskan sekiranya di tonton pada scala full screen kerana telah dikecilkan file nya yang limit sehingga 100MB sahaja.
Tuesday, September 4, 2018
Casting di Air Jernih....
Saya berpeluang mencuba di kawasan parit yg agak cetek dan jernih airnya sekitar Parit Bulat, Muar, Johor. Balik ke kampung mentua kerana menghantar anak mendaftar di UTHM pada pagi hari yang sama 2hb September. Tiada apa-apa nak dibuat petang itu, cuba casting sekiranya ada yang sudi menyambarnya…..
Parit yang cetek dan jernih airnya….
Tapi masih ada juga yang sudi menyambar walaupun saiz curut…
Seekor lagi yang terpedaya dengan soft plastic Zman…
Ikan haruan terakhir hari itu. Saiz pun curut juga...
Parit yang cetek dan jernih airnya….
Monday, August 27, 2018
Vlog Memancing...
Saya sudah lama ingin membuat video blog atau vblog bagi aktiviti-aktiviti memancing saya untuk dikongsikan kepada semua. Ini adalah kerana informasi di dalam bentuk video ini lebih memberi kesan kepada para followers. Untuk menghasilkan vlog ini, saya menggunakan action cam dan edit semula menggunakan video editing software. Buat masa ini saya masih belajar mencari kedudukan terbaik action cam tersebut untuk aktiviti memancing.
Lokasi memancing kali ini adalah sekitar Bagan Datuk, Perak dan juga Sungai Besar, Selangor. Keadaan air tidaklah berapa sesuai dan trip kali ini lebih kepada mencuba action cam yang saya baru perolehi ini.
Sunday, August 12, 2018
Bulan Oh Bulan...
Ikan Bulan atau Indo-Pacific Tarpon merupakan salah satu ikan sasaran pada pengemar pemancing gewang atau lurecaster di Malaysia. Ini adalah kerana cabaran untuk menaikkan ikan bulan ini agak berlainan daripada ikan ikan lain. Ikan bulan akan cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari mata kail apabila terkena dengan melompat diatas permukaan air beberapa kali. Suasana ini kelihatan seperti ikan bulan 'menari' diatas permukaan air, ditambah pula dengan warna keperakkan sisiknya.
Kebanyakkan para pemancing lebih gemar menggunakan set ultralight apabila memancing ikan bulan. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan set finesse yang mempunyai kelebihan dari segi kawalan dan juga peratus ikan dapat dinaikkan. Ikan bulan menpunyai struktur mulut yang terdiri daripada tulang dimana ketajaman matakail dan jighead adalah penting.
Baru baru ini saya melawat semula port ikan bulan di sekitar Sungai Besar, Selangor. Gewang softplastik Gomoku berwarna putih Bersama jighead Decoy seberat 1/48 oz digunakan pada kali ini…
Ikan bulan permulaan pada port yang pertama kebanyakkan bersaiz agak sederhana, tetapi memberikan tentangan yang cukup baik…
Ikan bulan yang seterusnya berukuran agak besar. Tentangan yang diberikan cukup kuat walaupun rod yang digunakan didalam kelas medium-light..
Saya bertukar port memancing setelah aktiviti ikan bulan di port pertama perlahan. Port yang kedua merupakan taliair di kawasan pendalaman. Paras airnya agak tinggi dan sesuai untuk habitat ikan bulan. Walaubagaimapun, airnya mengalir agak perlahan.
Ikan bulan yang pertama dinaikkan setelah beberapa kali terlucut saiznya agak kasar. Tentangan cukup padu diberikan dan hamper-hampir terlucut. Ikan bulan ini dinaikkan pada waktu hampir senja….
Sambaran ikan bulan makin menjadi apabila suasana cahaya menjadi agak kelam. Tak sampai seminit, ikan bulan berukuran kecil juga dapat dinaikkan…
Dikuti dengan dua ekor saiz yang agak kasar selang seminit diantaranya….
Ikan bulan yang terakhir bersaiz lebih besar sedikit daripada yang sebelumnya, juga membuatkan rod medium light saya melentur kebawah bagi mengawal tarikan dan lariannya.
Bagi saya, ikan bulan bersaiz demikian sememangnya mempunya daya renangan dan tentangan yang kuat…
Setup kali ini :
Rod : Abu Garcia Crossfield, 6 kaki, Medium Light, 5-12 lbs
Reel : Abu Garcia Cardinal STX II
Line : Oshikage (Momo Fishing Line), 8lbs, 0.10 mm
Leader : Berkley Fluorocarbon, 8 lbs
Jighead : Decoy 1/48 oz
Soft Plastic : Storm Gomuku, White, 1.5 inch
Sehingga berjumpa lagi…..
Sunday, July 29, 2018
Menyambung semula perjalanan...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini disebabkan kerja-kerja hakiki saya yang memerlukan perhatian yang agak lebih. Lebih lebih lagi dengan keadaan ekonomi dan geopolitik yang tidak menentu. Namun begitu, aktiviti kegemaraan saya ini, streetfishing, memang tidak pernah saya tinggalkan, cuma kekerapannya lebih atau kurang, bergantung kepada masa saya.
Banyak juga teknik yang saya gunakan sebelum ini, kebanyakkanya menggunakan soft plastic atau plastic lembut. Saya rasa menggunakan umpan soft plastic lebih versatile, lebih lebih lagi saya mengunakan teknik finnese. Finnese tidak sama dengan ultralight, finnese lebih kepada persembahan atau presentation. Banyak juga port baru yang saya telah jumpai selain port yang sedia ada.
Berbanding dahulu, sekarang ini pelbagai jenis soft plastic berada dipasaran. Begitu juga jighead dan matakailnya. Saya masih ingat, dahulu nak dapatkan soft plastic dan juga jighead yang sesuai, memang payah sehinggakan kena beli atau pesan dengan kawan-kawan pemancing. Kalau nak cari worm hook pun, terhad dari segi saiz dan ketahanan.
Insyallah,saya cuba menyambung blog ini pada masa masa akan datang..
Subscribe to:
Posts (Atom)