Agak lama saya tidak mengemaskini blog ini disebabkan kerja-kerja hakiki saya yang memerlukan perhatian yang agak lebih. Lebih lebih lagi dengan keadaan ekonomi dan geopolitik yang tidak menentu. Namun begitu, aktiviti kegemaraan saya ini, streetfishing, memang tidak pernah saya tinggalkan, cuma kekerapannya lebih atau kurang, bergantung kepada masa saya.
Banyak juga teknik yang saya gunakan sebelum ini, kebanyakkanya menggunakan soft plastic atau plastic lembut. Saya rasa menggunakan umpan soft plastic lebih versatile, lebih lebih lagi saya mengunakan teknik finnese. Finnese tidak sama dengan ultralight, finnese lebih kepada persembahan atau presentation. Banyak juga port baru yang saya telah jumpai selain port yang sedia ada.
Berbanding dahulu, sekarang ini pelbagai jenis soft plastic berada dipasaran. Begitu juga jighead dan matakailnya. Saya masih ingat, dahulu nak dapatkan soft plastic dan juga jighead yang sesuai, memang payah sehinggakan kena beli atau pesan dengan kawan-kawan pemancing. Kalau nak cari worm hook pun, terhad dari segi saiz dan ketahanan.
Insyallah,saya cuba menyambung blog ini pada masa masa akan datang..
No comments:
Post a Comment