Sunday, September 12, 2010

Mencari Port Baru....

Apabila memancing haruan di Bagan Datuh, selalunya mengunjungi port-port haruan yang selalu dicuba. Kali ini saya ingin mencari port-port baru yang jarang dikunjungi oleh pemancing. Manalah tau, ada saiz-saiz yang agak kasar....



Sebagai pembuka tirai, saya mencuba dulu di port-port biasa sebagai pemanas tangan. Selain dari itu, ianya juga boleh digunakan untuk memeriksa peralatan supaya berfungsi dengan baik. Ada juga yang dapat dinaikkan...




Port baru kali ini agak jauh dari jalan utama. Lebih kurang antara 2 hingga 3 km masuk kedalam perkampungan. Walaubagaimana pun parit tersebut bersebelahan dengan jalan keluar masuk kampung tersebut. Paras air tidak terlalu dalam, ada yang cetek dan berlumut, amat sesuai untuk haruan menyorok. Lagipun, tiada tanda-tanda dikunjungi pemancing di sini.

Riak-riak okan bermain air masih boleh kelihatan. Setelah beberapa kali casting, tiada sambutan. Apabila saya buat karauan lemah inline spinner di permukaan air, seekor haruan telah menyambar dan terus memecut. Pada mulanya, saya rasa saiz sederhana, tetapi apabila drag Daiwa Alpha saya mula berbunyi, saya tahu saiznya agak besar. Saya bertahan membiarkan ianya meronta seketika. Setelah seminit, baru saya mengambilnya di gigi air sebab rod Ardito saya tak cukup kuat untuk mengangkatnya....




Rupanya haruan skala lebih 1 kilo, rasanya lebih sedikit dari satu kilogram. Selalunya, drag reel saya setkan untuk haruan kurang sekilo, kalau berbunyi memang selalunya saiz yang agak kasar. Bila saya tinjau semula kawasan tu, baru saya perasan, ada gerombolan anak anak haruan yang masih juvenile ditepi lumut.....memang sahlah kena mama haruan nie.....saya cepat-cepat ambil beberapa shot dan lepaskan semula berhampiran anak-anaknya....

Saya meneruskan pencarian sepanjang parit tersebut. Bermacam-macam saiz haruan yang dapat dinaikkan, yang rabut pun ada...


Reins Semi Frog, hampir kesemuanya di dalam mulut....



Yang ini pun dinaikkan dengan mengunakan lure yang sama....


Yang ini menggunakan inline spinner + grub. Cuma saiz-saiznya agak kecil, tetap memberikan tentangan yang baik.



Walaupun bilangan yang dinaikkan kali ini tidak banyak, namun ianya dapat memberikan petunjuk bahawa bilangan haruan yang ada disitu masih banyak.

Jumpa lagi dilain waktu...

No comments:

Post a Comment