Friday, January 18, 2019

Rod untuk Finnese...

Rod yang saya paparkan disini adalah yang saya gunakan untuk finesse setup. 


Rod yang pertama saya ialah Abu Garcia Crossfield, Medium Light, 6 kaki. Rod ini mempunyai tali rating kekuatan tali 5 - 12lbs. Rod ini sering saya gunakan sebagai rod utama saya.


Rod yang kedua adalah Lemax Storm Legend, Medium Light, 5 kaki 6 inci. Rod ini mempunyai tali rating kekuatan tali 6-14lbs. Rod ini adalah jenis Fast Action dan saya gunakan sebagai rod kedua. Ianya juga digunakan pada tempat yang agak terhad dari segi jarak hantaran gewang seperti dibawah pokok dan sebagainya.


Rod backup saya adalah Fenwick HMX IM7, Medium, 6 kaki.  Rod ini mempunyai tali rating kekuatan tali 4 - 12lbs walaupun didalam rating Medium. Rod ini juga adalah jenis Fast Action. 


Rod backup saya adalah Fenwick AVX, Medium, 6 kaki.  Rod ini mempunyai tali rating kekuatan tali 8 - 17lbs. Rod ini juga adalah jenis Fast Action. Saya akan gunakan rod ini apabila saiz ikan agak kasar, sekiranya perlu. Rod ini mempunyai tulang belakang yang padu, diperbuat daripada bahan Aramid Veil dan dilapisi dengan Carbon Fibre secara cross wrapping. Ini menjadikan rod tersebut lebih ringan. sensitif tetapi juga kuat.


Selain rod yang telah saya sebutkan sebelum ini, rod jenis Rod Ford Halfmoon juga sering saya gunakan terutama untuk memancing ikan bulan atau Indo-Pacific Tarpon. Rod ini mempunyai rating kekuatan Light, 6 kaki 4 inci dan rating tali 3 - 10lbs. Rod ini juga direka khas untuk finnese dan dinamakan rod Ultimate Finnesse oleh pengeluar.



Untuk kekili mendatar atau baitcasting, saya gunakan rod Daiwa Ardito Native Arms, Medium Light, 6 kaki. Ianya juga mempunyai rating tali 6 - 14lbs.


Rod untuk baitcasting yang kedua adalah jenis KEWL Ohhio, Medium Light, 5 kaki 6 inci dan rating kekuatan tali 5 - 10lbs. Ianya digunakan juga sebagai rod backup dan untuk kawasan yang terhad.


Untuk kawasan memancing seperti tasik, lombong atau sungai yang agak luas, saya gunakan rod Majorcraft Corzza, Medium Light, 6 kaki 5 inci dengan rating tali 6 - 14lbs. Rod ini memang direka untuk finnese. 

Rod-rod yang lain tetapi yang mempunyai sifat-sifat yang sama boleh digunakan dan tidak terhad kepada rod yang saya paprken disini. Saya akan update sekiranya ada rod yang lain yang saya gunakan untuk setup yang sama,

Sehingga berjumpa lagi …




Kekili atau Reels untuk Finnese...

Kekili atau reels yang saya paparkan disini adalah yang sering saya gunakan sebagai finnese setup saya. Pemilihan kekili ini adalah berdasarkan atau sifat-sifat atau characteristic tertentu pada kekili tersebut.


Kekili yang pertama ialah Shimano Sahara 750FD tahun 2005. Kekili ini antara kekili yang paling lama saya simpan dan masih lagi digunakan. Kekili ini diganding dengan tali braided 8lb. Kekili ini jpernah juga menaikan ikan cupak dan jemuduk skala 1 hingga 1.5kg di Pulau Redang dengan kekuatan tali yang sama


Kekili kedua adalah Shimano Biomaster 1000S tahun 2006. Kekili ini menjadi pilihan saya kerana dilengkapi dengan spool yang cetek atau shallow spool. Masih berfungsi dengan baik dan digandingkan dengan tali braided 5lbs.


Kekili yang ketiga ialah Abu Garcia Cardinal STX II 1000s tahun 2018. Kekili ini juga dilengkapi dengan dua shallow spool. Kekili ini saya gandingkan dengan tali 7lbs dan 8lbs. Saya menggunakan kekili ini sebagai kekili Utama dan dua kekili Shimano sebelum ini sebagai kekili kedua dan backup.

Untuk penggunaan kekelili mendatar atau baitcasting reels, saya menggunakan kekili berikut.


Kekili baitcasting saya yang pertama ialah Daiwa Alphas Purple 103L. Reel ini saya telah customised sedikit dimana bearing nya menggunakan ABEC 7 Ceramic Bearing. Saya mengandingkan dengan tali braided 10lbs


Kekili baitcasting kedua saya ialah Daiwa Alphas 103L Type F. Saya menggunakan kekili ini khusus untuk air tawar sahaja berbanding dengan reels sebelum ini yang boleh digunakan pada kedua-dua air masin dan tawar. Kekili ini juga merupakan kekili mendatar pertama saya yang dibeli pada 2005.

Ada kekili yang lain yang akan saya paparkan pada dari semasa ke semasa. Jika dilihat, kekili menegak atau spinning saya samada saiz bawah 1000 atau mempunyai spool yang cetek atau shallow spool. Panjang purata tali yang dipasang adalah 50 meter.

Saya akan sambung post ini dengan pemilihan rod pula.

Sehingga berjumpa lagi…

Monday, January 14, 2019

Teknik Finnese Fishing


Kebanyakkan pemancing terutama di Malaysia agak keliru dengan terminology finnese fishing. Kebanyakkanya fokus lebih kepada peralatan atau setup yang perlu ada untuk terlibat di dalam teknik memancing tersebut. Walaupun begitu, ianya mungkin separuh daripada jawapannya.

Finnese fishing adalah salah satu teknik memancing yang fokus kepada persembahan atau presentation. Teknik ini digunakan oleh para pemancing, termasuk pemancing professional terutamanya  apabila ikan tidak galak menyambar umpan seperti selalunya. Ini disebabkan factor cuaca, keadaan air dan persekitaran, keadaan kehidupan ikan pada masa itu ( masa bertelur, selepas masa bertelur dan sebagainya) dan juga tekanan memancing sesuatu kawasan terutama kawasan bandar atau urban

Selain daripada penurunan dari segi saiz dan peralatan, persembahan gewang haruslah bersifat natural, dari segi warna, pergerakan dan bunyi yang boleh menimbulkan reflex tulen (pure reflex or reaction) atau membuatkan ikan memakan gewang melalui sifat kelaparan semulajadi. Kedua-dua kesan ini boleh dihasilkan pada masa yang sama dan teknik persembahan ini lebih berkesan daripada teknik-teknik yang lain kerana gewang dilihat lebih semulajadi  dan mengelakkan ikan menjauhi gewang. Oleh itu, pemilihan peralatan bergantung kepada semua factor yang disebutkan sebelum ini.

Bagi saya, untuk kelengkapan finnese fishing, adalah seperti berikut secara am.

1. Rod sepanjang 6 sehingga 6 kaki 6 inci, medium light sehingga medium power, fast action. Tetapi boleh juga menggunakan rod 5 kaki 6 inci dan 7 kaki dengan rating rod yang sama, atau light, bergantung pada tempat dan kedalaman air

2. Reel boleh menggunakan spinning reel saiz 1000 hingga 2000, terutama mempunyai shallow spool. Boleh menggunakan saiz bawah 1000 sekiranya panjang tali mencukupi. Untuk penggunaan reel baitcasting, pada masa sekarang  banyak jenama mengeluarkan jenis BFS ( Bait Finnesse System) seperti Shimano Aldebaran, Daiwa Alpha Finnese Custom, Abu Garcia LTX-BF8, antara contoh yg ada.

3. Tali, secara amnya menggunakan tali berkekuatan 8 lbs. Boleh juga menggunakan 6 lbs pada keadaan tertentu sehingga 10 lbs untuk heavy cover. Perambut dengan kekuatan yang sama boleh digunakan, tetapi bergantung kepada pergerakkan gewang tersebut. Tali jenis sulam atau braided lebih efektif didalam teknik ini. 

4. Gewang boleh menggunakan saiz antara 1 inci sehingga 4 inci, hard or soft lures. Disini, saya lebih selesa menggunakan soft plastics bersaiz antara 1 hingga 3 inci, dengan finnese jighead atau finnese weedless jighead dengan berat antara 1/48 oz sehingga 1/16 oz dengan saiz matakail yang bersesuaian.

Dengan penerangan ini, diharap para pemancing lebih memahami mengenai teknik finnese fishing. Selalunya, para pemancing keliru dengan ultralight fishing (UL) yang lebih merujuk kepada setup yang digunakan. Disini dapat dilihat teknik finnese fishing lebih fleksible dan mengambil kira semua faktor keadaan sama luaran dan dalaman untuk meningkatkan kadar sambaran ikan.

Pada post yang akan datang, saya akan postkan beberapa peralatan untuk teknik finnese fishing yang saya gunakan dalam aktiviti memancing.

Semoga jumpa lagi...

Sunday, January 13, 2019

Keberkesanan Finnese Weedless Jighead Custom - Bahagian 2

Kali ini saya terus menguji keberkesanan weedless jighead custom saya di beberapa ports yang saya selalu kunjugi iaitu Bagan Datuk, Perak pada 10 Disember 2018


Bagan Datuk, Perak dimana sejak dari dahulu lagi tempat pilihan bagi saya menguji peralatan memancing,samada rod, tali ataupun gewang. Ini adalah kerana ditempat ini ada pelbagai spesies ikan terutama ikan haruan. Selain itu, ada ikan bulan, puyu dan sekiranya bernasib baik ada siakap dan juga bandang (ladyfish).

Semasa saya sampai di sana, keadaan paras air parit agak tinggi dimana hujan telah turun dalam 2 hari yang lepas.



Keadaan sebegini agak menyukarkan untuk mendapatkan haruan, tetapi saya masih boleh mencuba keberkesanan jighead tersebut.



Haruan pertama dinaikkan mengguna Zman Slim SwimZ 2.5 inch Swimbait Pearl White, warna favourite saya dalam pemilihan soft plastic. 


Ikan bulan (Indo-Pacific Tarpon) juga tertarik dengan setup tersebut. Ini bukanlah kali pertama saya mendapat bulan dengan setup SP begini. Didalam keadaan air yang agak perlahan atau tenang, saya menggunakan Decoy saiz 2 dengan pemberat 1/48 oz.


Seekor lagi ikan bulan dapat saya naikan menggunakan jighead yang sama. Saiz bulan yang dapat saya naikan ini agak kasar yang memberikan tentangan yang agak hebat untuk set finnese saya.

Oleh kerana ikan bulan memang galak bermain di permukaan air, saya menukar SP saya kepada Gomoku berwarna pink dengan 1/48 oz normal jighead. 



Antara ikan bulan yang dapat dinaikkan menggunakan Gomoku SP tersebut.

Oleh kerana masa yang agak pendek semasa  berada disana, ditambah dengan keadaan paras air yang tidak berapa sesuai, saya akan menyambung sessi pengujian pada aktiviti yang akan dating

Jumpa lagi



Thursday, December 6, 2018

Keberkesanan Finnese Weedless Jighead Custom - Bahagian 1

Saya mencuba finnese weedless jighead yang telah saya buat sendiri. Sasaran sebenar jighead ini adalah untuk ikan haruan, tetapi ada ikan pemangsa yang lain juga dinaikkan dengan menggunakan jighead ini.




Antara berberapa ikan haruan yang dapat saya naikkan menggunakan jighead ini.




Selain daripada ikan haruan, ikan bulan juga dapat dinaikkan menggunakan jighead yang sama. Walaubagaimanapun ianya banyak bergantung kepada cara dan gaya jighead dan SP dimainkan.

Wednesday, October 10, 2018

Finnese Type Weedless Jighead

Saya mendapati agak sukar untuk mencari finesse weddless jighead di pasaran dengan berat 1/48 oz atau 1/32 oz saiz 1. Sebelum ini saya menggunakan Ultra Head Finesse Type Weedles Jighead daripada Owner dengan berat 1/32 oz saiz 1 seperti gambar di bawah


Pada masa ini saya hanya berjumpa yang beratnya 1/16 saiz 1 di pasaran. Untuk berat 1/32 saya gunakan pada keadaan air yang bergerak agak perlahan semasa memancing.


Gambar diatas menunjukkan jighead tersebut dimana di atas sekali dan dibarisan kedua ialah seberat 1/16 oz manakala dibarisan ketiga adalah 1/32 oz. Jighead dibawah sekali adalah 1/16 oz tetapi pemberatnya boleh bergerak

Oleh sebab kesukaran itu, saya telah membuat weedless jighead sendiri mengikut berat dikehendaki. Komponen pertama adalah worm hook bersaiz 2 atau 3 daripada Decoy seperti gambar dibawah


Saya memilih worm hook ini adalah disebabkan ketajaman, saiz yg sesuai (saiz 2 sama dengan saiz 1 daripada Owner), ketebalan dan juga kos yang berpatutan.


Komponen yang kedua adalah Plus Sinker saiz 1/48 dan 1/32 daripada Decoy. Ianya digunakan untuk fine tune kadar pergerakan turun gewang SP di dalam air.


Sinker dan worm hook akan dilekatkan dengan cara mengepit sinker tersebut pada kedudukan hadapan dan menggunakan glue dua saat sebagai pengikat. Jighead yang telah siap adalah seperti gambar dibawah dengan pemberat 1/48 oz


Proses yang sama digunakan untuk pemberat bersaiz 1/32 oz. Keberkesanan jighead ini akan diuji pada aktiviti memancing saya akan dating.




Antara Bulan dan Haruan...

Ikan bulan dan haruan adalah antara ikan yang mudah dipancing menggunakan gewang terutama menggunakan gewang soft plastics atau SP. Selain daripada ada pelbagai warna, SP juga boleh digayakan samada menggunakan jighead atau secara tanpa berat atau weightless. Selain daripada itu, SP juga boleh dipasang supaya ianya bersifat kalis sangkut atau weedless. Ini membolehkan ianya digunakan dipelbagai situasi dan keadaan.

Video kali ini adalah aktiviti saya di beberapa tempat di BNO, Sabak Bernam dan juga di Tanjung Karang, Selangor.


Kualiti video agak kurang memuaskan sekiranya di tonton pada scala full screen kerana telah dikecilkan file nya yang limit sehingga 100MB sahaja.