Kebanyakkan pemancing terutama di Malaysia agak keliru dengan terminology finnese fishing. Kebanyakkanya fokus lebih kepada peralatan atau setup yang perlu ada untuk terlibat di dalam teknik memancing tersebut. Walaupun begitu, ianya mungkin separuh daripada jawapannya.
Finnese fishing adalah salah satu teknik memancing yang fokus kepada persembahan atau presentation. Teknik ini digunakan oleh para pemancing, termasuk pemancing professional terutamanya apabila ikan tidak galak menyambar umpan seperti selalunya. Ini disebabkan factor cuaca, keadaan air dan persekitaran, keadaan kehidupan ikan pada masa itu ( masa bertelur, selepas masa bertelur dan sebagainya) dan juga tekanan memancing sesuatu kawasan terutama kawasan bandar atau urban.
Selain daripada penurunan dari segi saiz dan peralatan, persembahan gewang haruslah bersifat natural, dari segi warna, pergerakan dan bunyi yang boleh menimbulkan reflex tulen (pure reflex or reaction) atau membuatkan ikan memakan gewang melalui sifat kelaparan semulajadi. Kedua-dua kesan ini boleh dihasilkan pada masa yang sama dan teknik persembahan ini lebih berkesan daripada teknik-teknik yang lain kerana gewang dilihat lebih semulajadi dan mengelakkan ikan menjauhi gewang. Oleh itu, pemilihan peralatan bergantung kepada semua factor yang disebutkan sebelum ini.
Bagi saya, untuk kelengkapan finnese fishing, adalah seperti berikut secara am.
1. Rod sepanjang 6 sehingga 6 kaki 6 inci, medium light sehingga medium power, fast action. Tetapi boleh juga menggunakan rod 5 kaki 6 inci dan 7 kaki dengan rating rod yang sama, atau light, bergantung pada tempat dan kedalaman air
2. Reel boleh menggunakan spinning reel saiz 1000 hingga 2000, terutama mempunyai shallow spool. Boleh menggunakan saiz bawah 1000 sekiranya panjang tali mencukupi. Untuk penggunaan reel baitcasting, pada masa sekarang banyak jenama mengeluarkan jenis BFS ( Bait Finnesse System) seperti Shimano Aldebaran, Daiwa Alpha Finnese Custom, Abu Garcia LTX-BF8, antara contoh yg ada.
3. Tali, secara amnya menggunakan tali berkekuatan 8 lbs. Boleh juga menggunakan 6 lbs pada keadaan tertentu sehingga 10 lbs untuk heavy cover. Perambut dengan kekuatan yang sama boleh digunakan, tetapi bergantung kepada pergerakkan gewang tersebut. Tali jenis sulam atau braided lebih efektif didalam teknik ini.
4. Gewang boleh menggunakan saiz antara 1 inci sehingga 4 inci, hard or soft lures. Disini, saya lebih selesa menggunakan soft plastics bersaiz antara 1 hingga 3 inci, dengan finnese jighead atau finnese weedless jighead dengan berat antara 1/48 oz sehingga 1/16 oz dengan saiz matakail yang bersesuaian.
Dengan penerangan ini, diharap para pemancing lebih memahami mengenai teknik finnese fishing. Selalunya, para pemancing keliru dengan ultralight fishing (UL) yang lebih merujuk kepada setup yang digunakan. Disini dapat dilihat teknik finnese fishing lebih fleksible dan mengambil kira semua faktor keadaan sama luaran dan dalaman untuk meningkatkan kadar sambaran ikan.
Pada post yang akan datang, saya akan postkan beberapa peralatan untuk teknik finnese fishing yang saya gunakan dalam aktiviti memancing.
Semoga jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment