Bagan Datuk, Perak dimana sejak dari dahulu lagi tempat pilihan bagi saya menguji peralatan memancing,samada rod, tali ataupun gewang. Ini adalah kerana ditempat ini ada pelbagai spesies ikan terutama ikan haruan. Selain itu, ada ikan bulan, puyu dan sekiranya bernasib baik ada siakap dan juga bandang (ladyfish).
Semasa saya sampai di sana, keadaan paras air parit agak tinggi dimana hujan telah turun dalam 2 hari yang lepas.
Keadaan sebegini agak menyukarkan untuk mendapatkan haruan, tetapi saya masih boleh mencuba keberkesanan jighead tersebut.
Haruan pertama dinaikkan mengguna Zman Slim SwimZ 2.5 inch Swimbait Pearl White, warna favourite saya dalam pemilihan soft plastic.
Ikan bulan (Indo-Pacific Tarpon) juga tertarik dengan setup tersebut. Ini bukanlah kali pertama saya mendapat bulan dengan setup SP begini. Didalam keadaan air yang agak perlahan atau tenang, saya menggunakan Decoy saiz 2 dengan pemberat 1/48 oz.
Seekor lagi ikan bulan dapat saya naikan menggunakan jighead yang sama. Saiz bulan yang dapat saya naikan ini agak kasar yang memberikan tentangan yang agak hebat untuk set finnese saya.
Oleh kerana ikan bulan memang galak bermain di permukaan air, saya menukar SP saya kepada Gomoku berwarna pink dengan 1/48 oz normal jighead.
Antara ikan bulan yang dapat dinaikkan menggunakan Gomoku SP tersebut.
Oleh kerana masa yang agak pendek semasa berada disana, ditambah dengan keadaan paras air yang tidak berapa sesuai, saya akan menyambung sessi pengujian pada aktiviti yang akan dating
Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment